permainan

murid-murid menjalankan permainan meniup belon dan memecahkan belon
tetapi terdapat segelintir murid tidak tahu meniup belon 
dan segelintir murid tidak tahu teknik untuk memecahkan belon.


kutip gula-gula

22:46 by Yong Mei Er 4 comments
murid-murid sedang menjalankan pertandingan mengutip gula-gula

pertandingan badminton

22:36 by Yong Mei Er 1 comments
kumpulan lelaki

kumpulan perempuan

unggun api

22:29 by Yong Mei Er 2 comments
waktu unggun api bermula ini bermakna kem ini hampir tamat

semua murid bersedia untuk menjalankan permainan


semua murid bermain dengan seronok

masakan

22:14 by Yong Mei Er 4 comments
murid-murid sedang menyediakan makanan kumpulan masing-masing 
iaitu burger special dan kentang goreng serta buah-buahan

poster kumpulan

21:23 by Yong Mei Er 1 comments
murid-murid sedang bekerjasama untuk menyiapkan poster kumpulan masing-masing


poster yang telah siap bagi kumpulan 8

ikatan yang kemas

21:19 by Yong Mei Er 2 comments


ikatan yang kemas serta betul

aktiviti



aktiviti yang dijalankan semasa kem gerko

kawad kaki

khemah

01:38 by Yong Mei Er 1 comments
murid-murid sedang menghiaskan khemah masing-masing


khemah yang siap dihias


nama kumpulan dihias dengan tin-tin minuman kosong

hasil kerjasama

01:11 by Yong Mei Er 0 comments

hasil ikatan murid-murid

boleh digunakan untuk memasak

Kerjasama kumpulan

00:56 by Yong Mei Er 0 comments

Ikatan yang telah pelajari semasa gerko digunakan semasa kem.


Latihan Lain

00:40 by Yong Mei Er 0 comments





Latihan Kata Kerja

00:34 by Yong Mei Er 1 comments


Kata Kerja

00:31 by Yong Mei Er 0 comments

Kata kerja ialah kata yang digunakan untuk menerangkan perbuatan yang dilakukan. Kata kerja terbahagi kepada:

Kata Kerja Transitif
Penggunaan
Ayat Contoh

Membuang sampah, mengayuh basikal, memandu kereta
Kata kerja yang mesti diikuti objek untuk melengkapkan maksudnya.

Lily sedang membuang sampah ke dalam tong sampah.
Kata Kerja Tak Transitif

Penggunaan
Ayat Contoh
makan, pulang, berenang, menari
Kata kerja yang tidak memerlukan objek dan boleh berdiri sendiri dalam ayat.

Kelvin sedang berenang.

Latihan Kata Adjektif

00:28 by Yong Mei Er 0 comments


Kata Adjektif

00:22 by Yong Mei Er 0 comments

Kata adjektif ialah kata yang menerangkan sifat sesuatu benda, keadaan, perasaan, pancaindera atau perbuatan. Contoh kata adjektif adalah seperti berikut:

Jenis
Contoh
Ayat contoh
Sifat / keadaan
Berani, sihat, sejuk
Jonan seorang budak yang berani.

Ukuran
Besar, panjang, kecil
Pembaris ini sangat panjang.

Warna
Hijau, biru, kuning
Bunga raya berwarna merah.
Bentuk
Bulat, segi empat, segi tiga

Bola ini berbentuk bulat.
Pancaindera
Manis, masin ,masam
Epal ini sangat manis.

Perasaan
Sedih, gembira, benci
Mereka gembira kerana telah menang dalam pertandingan.

Latihan Kata Hubung

00:19 by Yong Mei Er 0 comments


Kata Hubung

00:17 by Yong Mei Er 1 comments

Kata hubung ialah kata yang digunakan untuk menghubungkan kata dengan kata, frasa dengan frasa, ayat dengan ayat.

Kata Hubung
Penggunaan
Ayat Contoh
dan
Untuk menyatakan perkara yang sama dan setara.

Hobi saya ialah melukis dan menari.
sambil
Untuk menunjukkan dua aktiviti yang dilakukan pada masa yang sama.

Kakak mandi sambil menyanyi.
kerana
Untuk menunjukkan sebab.

Budak itu menangis kerana terjatuh dari tangga.
tetapi
Untuk menunjukkan sesuatu yang bertentangan.

Lelaki itu pandai tetapi sombong.
atau
Untuk menunjukkan pilihan.

Kamu suka makan nasi atau mi?

Kata Sendi Nama

00:10 by Yong Mei Er 0 comments

Kata sendi nama ialah perkataan yang digunakan untuk menghubungkan frasa nama dengan kata-kata yang lain dalam ayat.

Contoh kata sendi nama adalah seperti berikut:

Kata sendi nama
Penggunaan
Ayat Contoh
Di
Menerangkan tentang tempat atau arah

Saya tinggal di Perak.
ke
Menerangkan tentang tempat, arah yang dituju dan waktu.

Saya pergi ke pasar dengan ibu.
dari
Menerangkan tentang tempat, arah dan waktu.

Jonan berasal dari Lumut, Perak.
daripada
Menunjukkan sumber, punca atau perbandingan.

Kerusi itu diperbuat daripada kayu.
kepada
Menerangkan penggunaan untuk orang dan benda abstrak.
Menyatakan bahagian.

Ayah memberi hadiah kepada kakak.
untuk
Menyatakan kegunaan sesuatu.

Kek itu dibeli untuk abang.
pada
Menerangkan masa dan tempat.
Ayah membawa kami sekeluarga berkelah di Teluk Batik pada hari Ahad yang lalu.

dengan
Menunjukkan bersama, cara, perbandingan.

Wei Lun menyapu lantai dengan penyapu.