Kata Adjektif
00:22
by Unknown
0
comments
Kata adjektif ialah kata yang menerangkan sifat
sesuatu benda, keadaan, perasaan, pancaindera atau perbuatan. Contoh kata
adjektif adalah seperti berikut:
|
Jenis
|
Contoh
|
Ayat
contoh
|
|
Sifat
/ keadaan
|
Berani, sihat, sejuk
|
Jonan seorang budak yang berani.
|
|
Ukuran
|
Besar, panjang,
kecil
|
Pembaris ini sangat panjang.
|
|
Warna
|
Hijau, biru, kuning
|
Bunga raya berwarna merah.
|
|
Bentuk
|
Bulat, segi empat,
segi tiga
|
Bola ini berbentuk bulat.
|
|
Pancaindera
|
Manis, masin ,masam
|
Epal ini sangat manis.
|
|
Perasaan
|
Sedih, gembira,
benci
|
Mereka gembira
kerana telah menang dalam pertandingan.
|
Posted in
Nota
Latihan Kata Hubung
00:19
by Unknown
0
comments
Kata Hubung
00:17
by Unknown
1 comments
Kata hubung ialah kata yang digunakan untuk
menghubungkan kata dengan kata, frasa dengan frasa, ayat dengan ayat.
|
Kata
Hubung
|
Penggunaan
|
Ayat
Contoh
|
|
dan
|
Untuk menyatakan perkara yang sama dan setara.
|
Hobi saya ialah melukis dan menari.
|
|
sambil
|
Untuk menunjukkan
dua aktiviti yang dilakukan pada masa yang sama.
|
Kakak mandi sambil menyanyi.
|
|
kerana
|
Untuk menunjukkan sebab.
|
Budak itu menangis kerana terjatuh dari tangga.
|
|
tetapi
|
Untuk menunjukkan
sesuatu yang bertentangan.
|
Lelaki
itu pandai tetapi sombong.
|
|
atau
|
Untuk menunjukkan pilihan.
|
Kamu suka makan nasi atau mi?
|
Posted in
Nota
Kata Sendi Nama
00:10
by Unknown
0
comments
Kata sendi nama ialah perkataan yang digunakan untuk
menghubungkan frasa nama dengan kata-kata yang lain dalam ayat.
Contoh kata sendi nama adalah seperti berikut:
|
Kata sendi nama
|
Penggunaan
|
Ayat Contoh
|
|
Di
|
Menerangkan tentang
tempat atau arah
|
Saya tinggal di
Perak.
|
|
ke
|
Menerangkan tentang
tempat, arah yang dituju dan waktu.
|
Saya pergi ke
pasar dengan ibu.
|
|
dari
|
Menerangkan tentang
tempat, arah dan waktu.
|
Jonan berasal dari
Lumut, Perak.
|
|
daripada
|
Menunjukkan sumber,
punca atau perbandingan.
|
Kerusi itu diperbuat daripada
kayu.
|
|
kepada
|
Menerangkan
penggunaan untuk orang dan benda abstrak.
Menyatakan bahagian.
|
Ayah memberi hadiah kepada
kakak.
|
|
untuk
|
Menyatakan kegunaan
sesuatu.
|
Kek itu dibeli untuk
abang.
|
|
pada
|
Menerangkan masa dan
tempat.
|
Ayah membawa kami
sekeluarga berkelah di Teluk Batik pada hari Ahad
yang lalu.
|
|
dengan
|
Menunjukkan bersama,
cara, perbandingan.
|
Wei Lun menyapu lantai
dengan penyapu.
|
Posted in
Nota
Latihan Kata Tanya
00:02
by Unknown
0
comments
Kata Tanya ialah perkataan yang digunakan untuk
menanyakan sesuatu. Partikel –kah mesti digunakan di belakang kata Tanya
sekiranya kata Tanya diletakkan di pangkal ayat.
|
Kata
Tanya
|
Penggunaan
|
Ayat
Contoh
|
|
Apa
|
Digunakan untuk menanyakan tentang benda
|
Apakah warna bekas pensel kamu?
|
|
Siapa
|
Digunakan untuk
menanyakan tentang orang.
|
Siapakah yang ingin
membeli buku ini?
|
|
Bila
|
Digunakan untuk menanyakan tentang masa.
|
Bilakah ayah pulang?
|
|
Mengapa
|
Digunakan untuk
menanyakan tentang sebab.
|
Mengapakah Aziz
tidak hadir ke sekolah?
|
|
Bagaimana
|
Digunakan untuk menanyakan tentang cara.
|
Bagaimanakah kamu membuat kuih ini?
|
|
Di
mana
|
Digunakan untuk
menanyakan tentang tempat.
|
Di manakah kasut saya?
|
|
Berapa
|
Digunakan untuk menanyakan tentang harga atau bilangan.
|
Berapakah umur adik?
|
Posted in
Nota
Subscribe to:
Posts (Atom)




