Latihan Kata Tanya


Kata Tanya


Kata Tanya ialah perkataan yang digunakan untuk menanyakan sesuatu. Partikel –kah mesti digunakan di belakang kata Tanya sekiranya kata Tanya diletakkan di pangkal ayat.

Kata Tanya
Penggunaan
Ayat Contoh
Apa
Digunakan untuk menanyakan tentang benda

Apakah warna bekas pensel kamu?
Siapa
Digunakan untuk menanyakan tentang orang.

Siapakah yang ingin membeli buku ini?
Bila
Digunakan untuk menanyakan tentang masa.

Bilakah ayah pulang?
Mengapa
Digunakan untuk menanyakan tentang sebab.

Mengapakah Aziz tidak hadir ke sekolah?
Bagaimana
Digunakan untuk menanyakan tentang cara.

Bagaimanakah kamu membuat kuih ini?
Di mana
Digunakan untuk menanyakan tentang tempat.

Di manakah kasut saya?
Berapa
Digunakan untuk menanyakan tentang harga atau bilangan.

Berapakah umur adik?

Latihan Kata Gandi Nama Diri


Kata Gandi Nama Diri

07:21 by Unknown 1 comments

Kata ganti nama diri ialah kata yang digunakan untuk menggantikan kata nama dan terbahagi kepada:

Kata ganti nama diri
Penggunaan
Contoh
Ayat contoh
Pertama
Digunakan untuk menggantikan nama diri orang yang bercakap.

aku, saya, beta, patik, hamba,kita,kami
Saya murid Tahun 1A.
Kedua
Digunakan untuk orang yang dilayan atau diajak bercakap.
awak, anda, kamu, engkau, saudara, saudari,kalian
“Kamu hendak pergi ke mana?” tanya Mei Ling kepada rakan-rakannya.

Ketiga
Digunakan bagi orang yang dicakapkan.
dia, mereka, beliau, baginda, -nya
Mereka sedang bersenam di padang.


Latihan Kata Nama Khas

07:13 by Unknown 0 comments

Kata Nama Khas

07:09 by Unknown 0 comments

Kata nama khas ialah kata yang digunakan untuk menyatakan manusia, haiwan, benda dan tempat secara khusus. Huruf awal pada setiap kata nama khas ditulis dalam huruf besar. Contoh kata nama khas adalah seperti berikut:

Kumpulan
Contoh
Ayat contoh
orang
Puan Chong, Cikgu Lee, Encik Lizam

Cikgu Lee ialah guru kelas saya.
binatang
Sang Kancil, Si Comel, Si Putih, Sang Katak

Sang Katak gembira tinggal di tepi kolam itu.
benda
Sony, Proton Saga, Toyota, Acer

Ayah telah membeli sebuah komputer yang berjenama Acer.
tempat
Ayer Tawar, Dewan Bestari, Taman Indah, Tesco

Kami sekeluarga tinggal di Perak.

Latihan Kata Nama Am

07:04 by Unknown 0 comments