Kata Hubung


Kata hubung ialah kata yang digunakan untuk menghubungkan kata dengan kata, frasa dengan frasa, ayat dengan ayat.

Kata Hubung
Penggunaan
Ayat Contoh
dan
Untuk menyatakan perkara yang sama dan setara.

Hobi saya ialah melukis dan menari.
sambil
Untuk menunjukkan dua aktiviti yang dilakukan pada masa yang sama.

Kakak mandi sambil menyanyi.
kerana
Untuk menunjukkan sebab.

Budak itu menangis kerana terjatuh dari tangga.
tetapi
Untuk menunjukkan sesuatu yang bertentangan.

Lelaki itu pandai tetapi sombong.
atau
Untuk menunjukkan pilihan.

Kamu suka makan nasi atau mi?

1 Response to "Kata Hubung"

  1. lay peng ch'ng Says:

    Nota senang difahami oleh murid-murid.

Post a Comment