Latihan Kata Gandi Nama Diri


Kata Gandi Nama Diri

07:21 by Yong Mei Er 1 comments

Kata ganti nama diri ialah kata yang digunakan untuk menggantikan kata nama dan terbahagi kepada:

Kata ganti nama diri
Penggunaan
Contoh
Ayat contoh
Pertama
Digunakan untuk menggantikan nama diri orang yang bercakap.

aku, saya, beta, patik, hamba,kita,kami
Saya murid Tahun 1A.
Kedua
Digunakan untuk orang yang dilayan atau diajak bercakap.
awak, anda, kamu, engkau, saudara, saudari,kalian
Kamu hendak pergi ke mana?” tanya Mei Ling kepada rakan-rakannya.

Ketiga
Digunakan bagi orang yang dicakapkan.
dia, mereka, beliau, baginda, -nya
Mereka sedang bersenam di padang.


Latihan Kata Nama Khas

07:13 by Yong Mei Er 0 comments

Kata Nama Khas

07:09 by Yong Mei Er 0 comments

Kata nama khas ialah kata yang digunakan untuk menyatakan manusia, haiwan, benda dan tempat secara khusus. Huruf awal pada setiap kata nama khas ditulis dalam huruf besar. Contoh kata nama khas adalah seperti berikut:

Kumpulan
Contoh
Ayat contoh
orang
Puan Chong, Cikgu Lee, Encik Lizam

Cikgu Lee ialah guru kelas saya.
binatang
Sang Kancil, Si Comel, Si Putih, Sang Katak

Sang Katak gembira tinggal di tepi kolam itu.
benda
Sony, Proton Saga, Toyota, Acer

Ayah telah membeli sebuah komputer yang berjenama Acer.
tempat
Ayer Tawar, Dewan Bestari, Taman Indah, Tesco

Kami sekeluarga tinggal di Perak.

Latihan Kata Nama Am

07:04 by Yong Mei Er 0 comments

Kata Nama Am

06:54 by Yong Mei Er 0 comments
Kata nama am ialah kata yang digunakan untuk menyatakan orang, binatang, benda dan tempat secara umum. Kata nama am ditulis dengan huruf kecil kecuali pada permulaan setiap ayat. Contoh kata nama am adalah seperti berikut:


Kumpulan
Contoh
Ayat contoh
orang
Ayah, ibu, adik, guru, doktor, pesakit

Doktor sedang merawat pesakit.
binatang
Lembu, kambing, anjing, buaya, ular

Kambing sedang makan rumput di padang.
benda
Pen, pensel, radio, televisyen, meja, kerusi

Kerusi ini diperbuat daripada kayu.
tempat
Perpustakaan, padang, bilik, kantin, dewan.

Murid-murid sedang membaca buku di perpustakaan.

Cari Kata Nama Am

06:52 by Yong Mei Er 0 comments



cuba cari kata nama am dalam video ini.

Game 1

00:58 by Yong Mei Er 0 comments